Assalamualaikum..salam rindu buat semua..
Kali ni sy nak k0ngsi cerita mengenai Taubat se0rang wanita Buta..
Saleh Al-Muri
bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar
di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang
mengerjakan solat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia
mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:
“Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan ra
hsia, serta setiap getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang
kuharap dapat mengelak bencana yang dahsyat.”
Saleh
Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: “Wahai puan! Apa
yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?”
“Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di nereka nanti.” Kata perempuan tua itu.
Saleh pun ikut
menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang menggerunkan itu.
“Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu.
“Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu.
Lalu Saleh membacakan ayat yang
ertinya:
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.”
(Al-An’am: 91)
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya.”
(Al-An’am: 91)
“Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat
kepada-Nya dengan sebenarnya?” Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat
dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia
jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.
Pada suatu malam
Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai
baju yang sangat bagus.
Dalam
mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”
Perempuan
itu menjawab: “Sebaik saja rohku dicabut, aku didudukkan di hadapan-Nya dan
berkata: “Selamat datang wahai orang yang mati akibat terlalu sedih kerana
merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku.”
Subahanallah..lalu bagaimana pula dengan kita??...yg kekadang tidak gentar dengan apa sekalipun kesalahan yg kita lakukan...Ya Allah..Kurniakan lah kami hati yg sentiasa mengingati dan MencintaiMu..AAMIIN ya Allah..
**PRATICE MAKE PERFECT**

subhanallah!! sesungguhnya Allah SWT maha besar dan Maha Pemurah.. semoga Allah memberikan rahmat yang terbaik dalam diri kita semua.. entry yg sgtt menarik hati ini untk terus membaca dengan selingan lagu yg amat sesuai.. =)
ReplyDeleteSUBHANALLAH.... sangat menyentuh hati ini... cerita dapat memberi pengajaran kepada diri ini yang masih muda lagi :) alhamdulillah :)
ReplyDeletesubhanallah....menyentap hati saya bila membaca post anta ini...dalam mncari redho-NYA bukannya mudah..plbagai halangan dan cabaran yg prlu d'tmpuhi...so kat cni jnganlh sesekali kita berptus asa kerna pintu taubat sentiasa trbuka.
ReplyDeletesubhanallah....menyentap hati saya bila membaca post anta ini...dalam mncari redho-NYA bukannya mudah..plbagai halangan dan cabaran yg prlu d'tmpuhi...so kat cni jnganlh sesekali kita berptus asa kerna pintu taubat sentiasa trbuka.
ReplyDelete