Wednesday 25 September 2013

~Lembaran bAru~

 ...Alhamdulillah...td pergi ke Forum Perdana kat masjid Al_ilmi..tajuk f0rum tu "c0uple Totally Halal Ba'da Nikah"...swEet je kan tajuk nie..insyallah dapat ilmu yg baru jgk...alhamdulillah..


sahabatku...

yg pasti berhati2..sebab kita boleh jd tunangan org tanpa sedar..astagfirullah..dan itu akan bg impak atas kita perempuan pd masa hadapan..saat pemegang cinta kita yg benar2 akan melamar kita...dan lamaran itu jd haram kerana tanpa sedar kita adalah tunangan kepada org lain..

so..berhati2 memberi cinta dan perjanjian..apabila lelaki bertanya dan mengatakan bahawa aq ingin memperisterikanmu lalu ada mklum balas dari kita..gelaran tunang tanpa sedar secara tidak langsung di sandang oleh itu...

yg pasti..jawapan yg sebaik2 nya untuk lelaki yg memberi cinta itu td ialah..'jika ko dah sedia untuk memperisterikanku..datanglah berjumpa mak & ayah ku..bgtau juga bahawa itu bukan satu janji dan harapan kerana hanya Allah Pemegang Hati kita..

Untukmu Lelaki..

Hati, Allah yang pegang . .
Minta dgn DIA dahulu . .
Baru usaha yang selebihnya ..

Bila dah berkenan, jumpa walinya, barulah dia terasa mahal dan dihormati . .
Terjaga, indah dan bahagia kan ??

in sha Allah ...

Mohon Allah hijabkan kita dengan cinta dunia...

Perk0ngsian untuk diri sendiri~.


~CUKUPLAH~

I love u sahabat...



k0rang,, Hati ini senipis tisu.. yang Sering terhiris,sering terluka tanpa k0rang sedari... Terkadang, hati ini tidak cukup kuat untuk menghadapi tiap ujian & dugaan dalam hidup ini. tp..aq cuba untuk tidak rebah di hadapan kamu...Percayalah... Hati ini tidak cukup tabah untuk menelan sindiran & kata2 sinis drpd mulut manusia. Hati ini juga sering menangis & merintih atas sikap keterlaluan manusia...

Tp jgn risau..di setiap keadaan ..Allah ada..kita je yg lupa untuk mengingatinya..


Tips menghilangkan kesedihan...

Ketika hati RISAU, SEDIH, DISAKITI, BANYAK MASALAH, bacalah sebanyak-banyak nya di setiap waktu:

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmtika Astaghiitsu

“Ya Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha kekal, dengan rahmat Mu aku mohon pertolongan.” (HR. Tirmidzi)

sahabatku..Jangan susah, jangan bibir sulit berzikir, baik ketika senang ataupun susah, tak kisah laa...sakit ke,, nak terguling ke..tp jgn lupa..kita ada Dia.. karena Allah sedang mendengar semua doa hambaNYA..Doa itu senjata orang mukmin.Mengadu & luahkan segala kesedihan & masalah itu kpd Allah, nescaya kamu beroleh ketenangan..Sesungguhnya, doa hamba2 yg teraniya & disakiti cepat Allah kabulkan..Allahurabbii..!~

~c0retan Hati~

Tuesday 24 September 2013

SIAPA BERSAMA KITA??


kisah nie untuk semua..tak khusus untuk lelaki je..tp semua yg bergelar hamba Allah..






 Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Jadi, tidak hairan ar kalau lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. 

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

 tapi beza dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya. 



Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi.

Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.

Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu.

Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

 Sahabat ku sayang, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini; tp kelekaan kita sering membuatkan kita alpa dengan apa yg sepatutnya kita kejari..



ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak.

Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...


~s0pankan peribadi~